FKK2025

Selamat Datang ke Festival Kopi Kemaman 2025


Selamat datang ke website rasmi Festival Kopi Kemaman 2025

Selamat datang ke Festival Kopi Kemaman yang ketiga! Festival Kopi Kemaman merupakan inisiatif
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri dan Pejabat Daerah Kemaman dengan kerjasama Jabatan/Agensi Daerah Kemaman dan pengusaha kopi di Kemaman dalam usaha untuk mempromosikan dan memasarkan produk, pakej serta perkhidmatan berkaitan perusahaan kopi kepada masyarakat secara langsung. Namun pada tahun ini, Kelab Usahawan Inovatif Dan Kreatif VOICE telah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan program selama 3 hari ini.

Festival Kopi Kemaman adalah program edutainment yang penuh dengan aktiviti menarik yang berkongsi pengetahuan tentang kopi serta menyediakan platform untuk pakar mempamerkan kemahiran dan pengalaman mereka. Acara kami bukan sahaja merayakan kecintaan terhadap kopi tetapi juga menyokong sektor pelancongan Kemaman, menonjolkan daya tarikan dan keunikan kawasan ini.

Program ini tidak tertumpu kepada jualan semata-mata. Pelbagai aktiviti dirangka setiap tahun untuk memberikan pengalaman yang lebih baik disamping menambah ilmu tentang perusahaan kopi dan peluang dalam industri ini khususnya di Kemaman. 


Tarikh : 26 Jun - 28 Jun 2025

Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : Taman Awam & Rekreasi Kemasik, Kemaman




Tentatif Utama